10 Cara Mulakan Diet Untuk Kurus Dengan Shaklee

Assalamualaikum semua.. salam sejahtera..

Kebelakangan ni, banyak sekali dapat order Set Inch Loss Shaklee. Tak kiralah yang bajet atau full set. Ramai rupanya nak kurus dan nak slim atau kembali asal seperti zaman muda atau zaman belajar dulu. Tapi masalahnya adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing  seperti yang kita nak? Tak dinafikan, Shaklee Slimming set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat  , kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.

Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKES, OMEGA GUARD, ALFALFA ,LECITHIN,CINCH TEA dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, so tak payah saya terangkan disini.


Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.

1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.

Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin.

Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.


2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.


3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.


4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.


5. elakkan makan buah buahan berlebihan.
Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.


6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.


7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIXsebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.

8. Hentikan penggunaak minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.


9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.


10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.


Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.

Vitalea – Iron Formula

Keistimewaan Vita-lea Iron formula

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin pertama yang dicipta didunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitalize mineral”dan disingkatkan kepada “Vita-Min” dan perkataan vitamin yang disebut sekarang adalah asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai “Vita-lea”. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA. Ia difomulasikan secara konprehensif dan seimbang.

Tablet Vita-Lea diselaputi oleh serbuk nutrisi-spirulina. ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi explosif  yang kompleks yang disebut sebagai “explo-tab”. Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas didunia terlarut dalam air dan tubuh manusia.Mineral yang terkandung didalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan pantas oleh usus kecil. Ujian klinikan telah membuktikan bahawa pengambilan Shaklee Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita_lea telah dipilih oleh center of science di amarika Syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN dalam public intrest pada tahun 2000. 

Manfaat Utama Shaklee Vita-Lea

# Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan tubuh sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

# Pelengkap Nutrisi – Kekurangan vitamin dan mineral penting akibat pengambilan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian ) dan anemea.

# Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

# Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan penuaaan.
# Elemen Penting Pada sel Tubuh – Menyediakan asa nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru,membantu pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.

# Melindungi Organ – Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Fakta Nutrisi Dalam Vita-Lea


Vitamin / Mineral

Fungsi

Vita A

Kesihatan mata, kulit, antioksida, melawan kanser, segah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem immune dan rambut yang sihat

Vita E

Kepejalan kulit, antioksida, kulit berseri, melancarkan peredarah darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem reproduktif lelaki dan mengurangkan kesan parut

Vita D

Perkasa kepada tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis

Vita C

Antioksida, melawan kanser, meransang pembentukan kolagen, mempertingkatkan daya menahan penyakit, mencepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah

Asid Folik

kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, kesihatan sek darah merah, mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser serviks, anemea, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit

Vta B1

Menukarkan makanan kepada tenaga, memperkuatkan memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredarah darah, membantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda hyperzoster

Vita B2

menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan keletihan, anemea, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan

Vita B3

Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, melkancarkan peredaran darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus

Vita B6

Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, dermatitis, kekejangan , kebas dan anemea

Vita B12

membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu menaikkan selera makan, tindakbalas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikan, memori, fokus, keupayaan sesual, mengelakkan anemea, keletihan, keresahan, diabitis dan rabun

Biotin

membantu B complex berfungsi dengan lebih effektif, cegah rabun,rambut beruban dan gugurdiabitis, sakit otot, akzema dan keradangan kulit

vita B5

Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik dan mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka

kalsium

Perkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, isomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal dan mencegah osteoporosis

Fosforus

meningkatkan kepadatan tulang, menghalang diabetis, batu bkarang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, melegakan kesakitan akibat artritis, anoreksia

Iodin

Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikan dan mengawal berat badan.

Zat Besi

Membentuk hemoglobin, meredakan senggugut, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemea

Megnesium

Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan saraf, sistem penenang semulajadi, meredakan tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

Copper

Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, adema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan

Zinc

memperkasa sistem immune, mempercepatkan penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, baik untuk prostat, baik untuk deria rasa dan bau serta ketajaman minda

Cadangan Pengambilan

Untuk Kesihatan berpanjangan : 1 biji 2 kali sehari selepas makan

Untuk tumbesaran, kekurangan nutrisi dan tenaga : 2 biji 2 kali sehari selepas makan

ESP Soy Protien Isolated Powder

Apakah ESP Soy protien isolated powder


Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Ia adalah kejayaan Dr.Shaklee melakukan pengasingan protin pada awal 70-an. ESP diakui seluruh dunia dengan banyak kajian klinikan yang membuktikan bahawa ESP mengandungi kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh shaklee hanya mengandungi “non GMO ( non-genetcally modified organism) yang mana ia doproses pada suhui yang rendah. Setiap tin ESP(850gm) diperbuat dari 30kg kacang soya.


ESP adalah satu-satu nya produk yang mengandungi 9 asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan olen tubuh manusia.Ia juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ia sangat sesuai untuk semua golongan termasuk pengidap kencing manis.


 
Manfaat utama ESP


# Awet muda – Asid amino sangat penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dal lain-lain. pengambilan ESP secara berterusan adalah kunci kepada awet muda.


# Baik untuk hormon – Kacang soya adalah satu satunya tumbuhan yang kaya dengan isflavones, yang fungsinya sama dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol dalam darah serta mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.


# Baik untuk prostat – Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan merebaknya sel kanser , ia memusnahkan radikal bebas didalam badan sebelum radikal bebas ini menukarsek DNA kepada sel kanser.Ia juga sangat baik dalam memulihkan uterus,ovari,monopaus dan prostat.


# Meremajakan kulit – Meransang pembentukan semula kulit dan otot , mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan tone kulit yang sekata dan kepejalan otot,mempercepatkan kesan luka dan menghilangkan kesan parut.


# Pembekal tenaga – Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem immune , mencegah migrain,imsomnia dan tekanan.


# Membaiki pigmentasi – Meperbaiki masalah rambut beruban dan gugur serta memperbaiki masalah pegmentasi, kekedutan kulit dan kesan tua.


# Membaiki memori – /meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


 
Cara Pengambilan


2 hingga 3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong).boleh dicampur dengan mealshakes dan performance drink atau susu dan jus buah-buahan.

Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee

SARAPAN

Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.

Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit

MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan. Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.

MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.

Selamat mencuba.


Sustained Released Vita-C

Keistimewaan Shaklee Sustained Released Vita-C

Setiap tablet vitamainC mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin-C buah tersebut kedalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet vitamin C Shaklee(dalam masa 5 jam )mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam.Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid ( 25% diekstrak dari kulit buah ) yang juga dikenali sebagai vitamin C complex. Ia meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang  jangkitan bakteria dan radikal bebas.

Manfaat Utama Sustained Release vita-C

# Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asa otot, tisu, gusi, tulang rawan dan rangka. oleh itu ia mampu mengurangkan kedut dan menguatkan otot supaya tidak kendur.

# Memulihkan masalah pendarahan – Kekurangan vitamin C akan menyebabkan pendarahan gusi, lebam di kulit, kulit kering, kulit kasar , ruam dan melambatkan proses penyembuhan kecederaan.

# Mempertingkatkan sistem Immune – Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih melawan bakteria dan kuman, mengurangkan alergi hidung, kulit dan asthma. Mempercepatkan pemulihan kecederaan dan mengurangkan simtom flu dan selsema.

# Memerangi kanser – Ia adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa yang mampu meningkatkan interferon dalam tubuh dan meransang pengeluaran T-cells untuk melawan sel0sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan redikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

# Mencantikkan kulit – Mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat  pembentukan pigmen dan jeragat.

# Mengurangkan Isomnia- Mengurangkan isomnia, stress dan masalah berkaitan keresahan.

# Mengekalkan kolestrol sihat – mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang baik,menghalang alteriosclerisis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman,pendarahan hidung, serebral dan skurvi.

AMARAN !
  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan vitamin C
  •  penahan sakit menyusutkan vitamin C yang banyak
  • Terlebih dos vitamin C boleh menyebabkan cirit-birit.

Kajian dari Dr. James scala telah menunjukkan adalah selamat mengambil vitamin C sebanyak 500mg ( 10 Tablet) sehingga 10000mg ( 20 tablet ) vitamin C sehari. Dr. Pauling yang menemui vitamin C mengambil sebanyak 18000mg sehari dan masih sihat pada umur 94 tahun.

Vitamin C memadai melalui buah?

Setiap hidangan buah membekalkan kira-kira 40-60mg vitamin CSelepas buah itu ranum, ia mengambil masa selama 10 hari supaya menghasilkan vitamin C yang lengkap. Oleh itu buah yang tidak ranum mempunyai vitamin C yang minimum. kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada panas.

Cadangan pengambilan

~ Untuk kesihatan umum : 2 tablet ( 2 kali sehari selepas makan )
~Untuk merawat kanser, influenza dan penyembuhan penyakit : 2 tablet ( 3 kali sehari )

Cara Kuruskan Badan Dengan Set Kurus Shaklee


As-salam dan salam sejahtera semua...

 
Hari ni saya nak cerita pasal camna nak kuruskan badan dengan cara sihat dan selamat. Siapa la yang tak nak badan yang ideal dan sihat kan... 
Set Kurus Shaklee ini dihasilkan daripada vitamin semulajadi. Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil set kurus Shaklee ini. Produk Shaklee tidak memberi kesan buruk kepada bayi.
 
Jom berkenalan dengan Set Kurus Shaklee.
 
Set ni terdiri daripada tiga komponen iaitu bakar, buang dan bina.
 
 
1) BAKAR LEMAK : Lecithin / Omega Guard
2) BUANG LEMAK (DETOX) : Herb-lax / Alfalfa
 
3) BINA OTOT: ESP (Energizing Soy Protein) / Cinch
 
BAKAR DAN BUANG :
Lecithin/Omega Guard + Herblax /
Lecithin atau Omega memecahkan lemak yang berlebihan di dalam badan. Herblax atau Alfalfa pula berfungsi sebagai medium pengangkutan untuk membawa keluar daripada badan.
Oleh itu, konsep Bakar dan Buang Shaklee ini secara umum memang berkesan untuk menurunkan berat badan.
 
Kenapa Detox itu penting?
Detox adalah untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul dalam badan. Tanpa mengeluarkan toksin yang terlampau banyak di dalam badan, badan sukar menyerap nutrient dari makanan seharian dan supplemen.
 
 
BINA :
Kenapa Protein penting?
Protein penting untuk pelihara otot dalam badan.
Perasan atau tidak, ada orang yang berat badannya turun tetapi badan dia masih flabby (menggeleber)? Berat yang turun tu bukan kerana kurang lemak tapi dia kehilangan otot.
Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
 
** Untuk Ibu menyusu, disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.

Perlukah ANDA mengambil kesemua produk / set?
 
Adalah digalakkan untuk mengambil kesemua produk sebab ia akan menghasilkan kesan yang optimum - iaitu Kurus dengan Sihat.
 
Jika anda hendak mencuba set ini tetapi kurang bajet, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau ESP+herblax dulu. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah lagi produk untuk melengkapkan set ini.
 
Disini saya secara ringkas, memberi sedikit tips kuruskan badan dengan lebih cepat
 
  • Minum 2-3Liters air setiap hari
  • Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
  • Kurangkan makanan yang berminyak
  • Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
  • Banyakkan makan buah dan sayuran
 
 
Dan, bezanya SHAKLEE berbanding produk pelangsing lain adalah  …
 
  • Memberikan nutrien yang mencukupi.
  • Melindungi otot.
  • Indeks glisemik yang rendah.
  • Penggunaan bahan2 asli bebas GMO.
  • Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
  • Diuji secara klinikal
 
Jadi, tunggu apa lagi... dapatkan produk Shaklee anda sekarang... Hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut...
 
Jom kita berSHAKLEE !!!!

Vita-E Complex

Bismillah...
 
As-salam...
 
Kawan-kawan, nak tahu tak... sempena bulan Jun 2014 ini, Shaklee telah membuat promosi iaitu beli 6 botol Vitamin E Complex, anda akan mendapat percuma satu botol vit E complex. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membeli set promosi ini, anda akan mendapat keahlian secara percuma.
 
Jadi, tunggu apa lagi... Jom 'sambar' sekarang semasa promosi masih berlangsung... Inilah peluang keemasan untuk pengamal vit E untuk mendapat harga rendah luar biasa kerana promosi ini dibuat oleh Shaklee setahun sekali sahaja. Sekiranya anda melepaskan peluang ini, anda perlu tunggu sehingga tahun hadapan pula... Rugi kan... hehe
 
Jom kita tengok apa manfaat dan kebaikan 'vitamin Cinta' ini...
 
*********************************************************
 
 
 


Keistimewaan Shaklee Vita-E Complex

Deperbuat dari minyak soya organik dan minyak gandum, yang kaya dengan vitamin E dan diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E ( alfa, gama, beta, delta ). Ia adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
 
Ia mengandungi 10mg silenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin-E, memelihara memberan sel-sel,  sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa dan kadmium, mengukuhkan antioksida dan melindungi retina. 

Manfaat Utama Vita-E Complex 

Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan keasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL ( kolestrol baik ), mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding ateri, menghalang enemia hemolitik, penyyakit jantung dan lain-lain.

 
Mempertingkatkan kemampuan reproduktif – Kajian pada 1924 mendapati vitamin E Mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU ~ 800IU sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

 
Anti Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari mampu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut,akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan otot peha.

 
Anti Oksida Yang Kuat – Pengambilan 1200IU sehari untuk anti oksida yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem immune, menghalang atau memperlambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi-katarak dan masalah penglihatan.

 
Meningkatkan Tenaga batin – Meningkatkan tenaga batin dengan membekalkan oksigen yang lebih.

 
Memperbaiki Arthritis – Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat viroks dan sakit sendi.
 

Menghalang Keguguran – Merawat Musculus pectoralis fibrosis otot dada, syndrom prahaid, dan syndrom monopaus seperti hot flush.Digunakan pada ujian klinikan untuk menghalang keguguran dan kematioa janin.

 
memperbaiki Parut – Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh disapukan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


 
Adakah Anda Mengambil VitaminE yang Cukup?

Untuk 400IU vitamin E ( satu kapsul Vita-E Complex ), anda perlu memakan berikut untuk kesihatan dan melawan radikal bebas.

1kg gandum

500ml minyak sunflower

8kg bayam

500gm badam

 

Adakah Vitamin - E Selamat? 

Dalam buku ” Presciption for longevity” yang ditulis oleh Dr, James Scala, terdapat perbincangan mengenai keselamatan vitamin E secara terpeinci. Secara keseluruhan terdapat lebih 1000 laporan berkaitan keberkesanan dan keselamatan vitaminE.
 
Kajian bertahun-tahun oleh Universiti Havard keatas lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% dan strok denga 33%. Kajian juga membuat kesimpulan bahawa dos selamat adalah sebanyak 3200IU.
 

Cadangan Pengambilan 

Untuk Memngekalkan kesihatan : 1 kapsul sehari selepas makan

Untuk anti penuaan dan Sistem produktif : 1 kapsul 2 kali sehari

menentang kanser dan menghilangkan parut : 2 kapsul 2 kali sehari
 
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan produk, anda boleh menghubungi saya :
 
PM FB : Kedai Kami
 
Wassap : 019-2510577 
 
Jom kita berSHAKLEE !!!